Tune Talk adalah salah satu operator selular terbesar di Malaysia. Pelbagai program dan pakej telah dilancarkan untuk pengguna setia di Malaysia.
Namun, banyak pengguna baru SIM Tune Talk yang tidak tahu macam mana cara aktifkan simkad Tune Talk.
Jika Anda telah membeli SIM Tune Talk dan ingin buat pendaftaran untuk pengaktifkan, berikut kami kongsikan panduan cara pengaktifkan SIM Tune Talk.
Cara Aktifkan SIM Tune Talk
Pertama sekali, Anda mesti mempunyai sambungan internet ke telefon bimbit Anda, boleh gunakan Wifi.
Setelah itu muat turun aplikasi Tune Talk di Google Play Store/App Store. Kemudian, ikuti langkah-langkah dibawah ini:
- Download aplikasi Tune Talk
- Buka aplikasi Tune Talk
- Klik I’m New User
- Klik Register/Order a SIM
- Klik Yes, Register My SIM Now
- Klik Give me a new number please
- Pilih Physical SIM, klik Next
- Klik OK untuk scan barcode, klik allow letakkan kamera ke arah barcode
- Klik Verify Me
- Pilih dokumen (MyKad/Passport/iKad)
- Letakan kamera ke arah MyKad
- Maklumat detail MyKad Anda akan dipaparkan di skrin handphone
- Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti emel, klik Next
- Klik I’m Ready untuk Face Recognition
- Ikuti langkah-langkah yang yang perlu dilakukan seperti buka mulut, sehinggalah berjaya.
- Klik Next
- Sila Allow maklumat-maklumat yang diperlukan
- Seterusnya Anda boleh cari nombor baru yang Anda inginkan
- Selesai.
Macam mana cara semak baki kredit Tune Talk? Anda dapat baca panduan cara check baki Tune Talk yang telah kami kongsikan.
Cara Dapatkan Nombor Tune Talk Melalui Online
Anda juga boleh dapatkan Nombor Tune Talk Anda sendiri. Sila ikuti langkah-langkahnya:
- Lawati pautan rasmi Tune Talk https://www.tunetalk.com
- Klik Login pada bahagian kanan atas.
- Kemudian, klik First Time Login/Retrieve Password.
- Lengkapkan borang permohonan secara detail.
- Pilih Nombor Pilihan Anda.
- Cetak Resit Anda.
- Pergi ke peniaga Tune Talk terdekat Anda.
- Tunjukan resit Anda kepadanya.
- Ikuti langkah-langkah seterusnya.
- Selesai.
Panduan beli internet boleh baca cara beli internet Tune Talk.
FAQ Tune Talk
Beberapa soalan lazim berkaitan dengan Tune Talk:
1. Saya tersalah masukkan PIN ke SIM saya 3 kali. Telefon saya kini dikunci dan tertera PUK1. Macam mana saya membuka kunci kad SIM saya?
Anda memerlukan kunci Unblocking PIN (PUK) yang merupakan kunci 8 digit yang boleh unblocking kad SIM Anda. Berikut ini merupakan 2 cara dapatkan semula PUK Anda:
- SIM Pack: PUK Anda dicetak pada kad yang disertakan bersama pek SIM Tune Talk Anda.
- E-mel: Hantar e-mel kepada pasukan penjagaan pelanggan kami di customer.care@tunetalk.com
2. Adakah saya perlu membayar untuk menala?
Tiada bayaran dikenakan untuk Tune In. Namun, pembekal perkhidmatan asal Anda mungkin, jadi sebaiknya semak sebelum Anda membuat permintaan.
3. SIM saya dicuri/hilang. Bolehkah saya dapatkan nombor lama saya kembali?
Ya Boleh. Anda perlu mendapattkan SIM gantian daripada mana-mana peniaga kami. Nombor sementara akan diperuntukkan semasa proses pemindahan selesai.
Anda boleh mula menggunakan SIM baharu Anda dalam masa 24 jam.