Top Up selalunya dilakukan oleh semua pelanggan kad, salah satunya adalah pelanggan XOX. Top Up XOX adalah satu keperluan seperti Top Up SMS, Telefon, Internet dan lain-lain untuk melakukan pelbagai aktiviti dan untuk pastikan nombor XOX Anda tetap aktif.
Perlu Anda ketahui sekiranya Anda tidak menambah nilai/kredit selepas 30 hari, nombor akaun XOX Anda akan disekat dan jika Anda masih belum membuat sebarang pembayaran selepas 30 hari lagi, nombor XOX atau akaun Anda akan ditamatkan.
Oleh itu, jangan lupa untuk top up nombor XOX Anda dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kesulitan. Disini kami kongsikan pelbagai cara top up XOX.
Cara Top Up XOX Melalui Nombor PIN
Ikuti langkah mudah cara top up XOX di bawah ini melalui PIN, PIN ini kita beli di 7eleven, kedai top up atau melalui online.
- Dail *150# terus Call
- Kemudian, pilih nombor 1 (Account Info) tekan Send.
- Pilih nombor 2 (Pay Bill) tekan Send.
- Pilih 1 (Top Up own Account) tekan Send
- Seterusnya masukkan 16 digit nombor PIN yang kita beli, tekan Send
- Selesai.
Sekarang check baki XOX Anda untuk mengetahui baki terkini.
Cara Top Up XOX Melalui SMS
Anda juga boleh Top Up XOX melalui SMS:
Sila beli terlebih dahulu baucar XOX di kedai atau kaunter XOX terdekat.
- Taip REC<jarak>PR<jarak>PIN baucar 16 digit hantar ke 22111
- Contoh: REC PR 7656783524134567 hantar ke 22111
Cara Top Up XOX Melalui Kedai
Cara terakhir iaitu, Anda boleh Top Op melalui kedai terdekat Anda:
- Pergi ke kedai penjual XOX terdekat Anda.
- Bincangkan kepada penjual bahawa Anda ingin Top Up.
- Pilih Pakej Top Up yang Anda inginkan.
- Berikan Nombor Handphone Anda kepada penjual.
- Tunggu beberapa detik sehingga topup berjaya.
- Selesai.
FAQ XOX
Beberapa soalan lazim berkaitan dengan XOX:
1. Adakah terdapat jumlah minimum yang perlu saya Top Up?
Ya, memang ada. Jumlah minimum untuk Top Up nilai ialah RM5.00 melalui baucar Top Up dan RM10.00 melalui Black App atau Self Care.
2. Bagaimanakah saya melanjutkan kesahihan akaun saya?
Anda boleh menambah nilai akaun Anda. Setiap tambah nilai RM1.00 bersamaan dengan 1 hari sah laku. Anda juga boleh membeli 6 atau 12 bulan sah melalui aplikasi BLACK, Selfcareor melalui SMS.
3. Macam mana saya tahu jika saya perlu menambah Top Up akaun saya?
Anda boleh menyemak pada BLACK App atau Selfcare untuk tarikh sah akaun Anda. Jangan lupa untuk menambah nilai akaun Anda sebelum tamat tempoh sah Anda.
Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti.