Allianceonline merupakan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan oleh Alliance Bank bagi membantu kemudahan para pelanggan/pemegang akaun. Alliance Online dapat digunakan dan diakses selama 24 jam dimana sahaja dan pada bila-bila masa.
Ciri yang disediakan oleh Allianceonline boleh membantu aktiviti harian Anda seperti bayar bil, bayar pinjaman, pemindahan dana, semak baki, check penyata bank dan banyak lagi.
Bagi Anda yang ingin menggunakan perkhidmatan Allianceonline Anda mesti daftar terlebih dahulu, berikut kami kongsikan panduan cara daftar Alliance Bank online banking.
Cara Daftar Alliance Bank Melalui ATM/Debit Card
Ada 2 langkah yang mesti Anda buat untuk mendaftar Alliacne Bank online banking.
1. Pendaftaran Nombor Telefon di ATM
- Pergi ke mesin ATM Alliance Bank terdekat.
- Masukkan kad ATM ke slot yang disediakan.
- Sila pilih Bahasa.
- Masukkan PIN Anda.
- Klik Press if Correct.
- Klik Other Services.
- Kemudian, klik More Services.
- Pilih transaksi yang diperlukan, klik Internet Banking Activation Or Upgrade.
- Masukkan Nombor Handphone Anda untuk mengaktifkan dan bertransaksi.
- Klik Press if Correct.
- Klik Yes untuk meneruskan.
- Selesai.
2. Cara Aktifkan Akaun Alliance Bank Online
- Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
- Klik First Time Registration.
- Klik I have an Alliance Bank ATM/Debit Card.
- Masukkan Nombor Kad ATM/Debit Anda.
- Masukkan Nombor PIN ATM (6 digit)
- Klik Next.
- Masukkan T-PIN yang dihantar ke nombor handphone Anda yang berdaftar.
- Klik Submit.
- Pada Username, sila buat nama pengguna yang ingin Anda gunakan.
- Pada New Password, sila buat kata laluan yang Anda inginkan.
- Masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm New Password.
- Masukkan Alamat Email Anda.
- Pada Preferred Name, masukkan nama pilihan Anda.
- Pada Secure Phrase, masukkan frasa keselamatan Anda.
- Sila pilih Warna yang Anda inginkan.
- Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
- Klik Submit.
- Selesai.
Cara Daftar Alliance Bank Guna Credit/Prepaid Card
Sila ikuti 2 langkah mudah daftar Alliance Bank menggunakan Credit/Prepaid Card:
1. Pendaftaran Nombor Telefon Credit/Prepaid Card
Anda mesti kena pergi ke mana-mana cawangan Alliance bank terdekat untuk daftarkan/kemaskini nombor handphone Anda.
2. Cara Aktifkan Allianceonline
Setelah Anda mendaftarkan nombor telefon Alliance Bank, sila aktifkan internet banking Alliance Bank.
- Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
- Klik First Time Registration.
- Klik I have an Alliance Bank Credit Card.
- Pada Credit Card Number, masukkan nombor kredit kad Anda.
- Pada Credit Limit (RM), masukkan kredit limit akaun Anda.
- Masukkan No Kad Pengenalan Anda.
- Masukkan Nombor Handphone Anda.
- Klik Submit.
- Masukkan T-PIN yang didapati dari SMS yang dihantar ke nombor handphone Anda.
- Klik Submit.
- Sila buat Nama Pengguna.
- Buat pula Kata Laluan yang Anda inginkan.
- Pada Confirm New Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
- Masukkan Alamat Email Anda.
- Masukkan Nama Pilihan Anda pada Preferred Name.
- Masukkan Secure Phrase Anda serta pilih warna yang Anda inginkan.
- Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
- Klik Submit.
- Selesai.
Cara Daftar Alliance Bank Guna Temporary ID
Jika Anda daftar menggunakan Temporary, ada 3 langkah cara daftar melalui Temporary ID:
1. Pendaftaran Nombor Handphone Untuk Temporary ID
Anda mesti daftarkan not telefon Anda di cawangan Alliance Bank terdekat.
2. Cara Dapatkan Temporary ID
Siapkan kad pengenalan untuk proses pengesahan, kemudian:
- Hubungi Contact Centre di 03-5516-9988
- Minta ID sementara dan T-PIN.
- T-PIN akan diterima di nombor handphone Anda yang telah disahkan.
3. Cara Aktifkan Akaun Temporary ID
Setelah Anda mendapatkan ID sementara dan T-PIN, sila segera aktifkan akaun Allianceonline Anda.
- Lawati pautan rasmi Alliance Bank https://www.allianceonline.com.my
- Klik First Time Registration.
- Klik I do not have any Alliance Bank cards. I will register via Temporary ID.
- Masukkan Nombor Temporary ID.
- Masukkan T-PIN yang Anda dapati dari SMS.
- Klik Submit.
- Seterusnya, masukkan Nama Pengguna yang sudah Anda buat.
- Masukkan Kata Laluan yang Anda inginkan.
- Masukkan sekali lagi kata laluan Anda, pada Confirm New Password.
- Sila buat Secure Phrase serta pilih Warna yang Anda mau.
- Baca Terma dan Syarat, klik Accept.
- Klik Submit.
- Selesai.
Jika ada sebarang pertanyaan mengenai Alliance Bank Anda boleh hubungi Contact Center di 03-5516-9988.