Cara Daftar AmBank Online

Posted on

AmOnline merupakan perbankan internet yang disediakan oleh AmBank yang dilengkapi dengan reka bentuk keseluruhan untuk memberikan pengalaman perbankan yang lebih baik bagi para pelanggannya.

Dengan menggunakan AmOnline semuanya menjadi lebih cepat dan mudah. Kini AmOnline juga diimplementasikan dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan bagi memastikan transaksi online semakin selamat.

Adakah Anda tertanya-tanya macam mana jika ingin daftar perkhidmatan AmOnline? Berikut kami kongsikan cara daftar AmBank online banking dengan mudah dan pantas.

Cara Daftar AmBank Online
Cara Daftar AmBank Online

Cara Daftar AmBank Online

Sebelum mendaftar, Anda mesti sediakan kad pengenalan dan kad debit/kredit. Setelah itu, sila ikuti langkah-langkah cara daftar AmOnline internet banking di bawah:

  1. Lawati pautan rasmi AmBank https://ambank.amonline.com.my
  2. Klik Register.
  3. Pada Username, sila buat nama pengguna yang Anda ingin gunakan. Register AmBank
  4. Pada Password, sila buat kata laluan yang Anda inginkan.
  5. Masukkan sekali lagi kata laluan pada Confirm Password.
  6. Pilih Security Image pilihan Anda.
  7. Klik Continue.
  8. Seterusnya, sila pilih jenis Kad Pengenalan Anda. Select ID Type
  9. Masukkan Nombor kad Pengenalan Anda.
  10. Masukkan Alamat Email Anda. Email Register
  11. Kemudian, masukkan Nombor Handphone Anda.
  12. Sila pilih jenis kad Anda.
  13. Masukkan Nombor Kad Anda. Card Type
  14. Masukkan Nombor PIN Kad Anda.
  15. Klik Continue.
  16. Masukkan Kod TAC yang dihantar ke melalui SMS.
  17. Tahniah, Anda berjaya daftar AmBank online.

FAQ AmBank

Berikut beberapa soalan lazim berkaitan dengan AmBank:

1. Bolehkah saya mengemas kini nombor telefon saya di ATM AmBank terdekat?

Tidak, perkhidmatan ini tidak tersedia di ATM AmBank. Anda mesti pergi ke cawangan terdekat atau hubungi pusat panggilan untuk kemaskini nombor handphone Anda.

2. Bagaimana saya tahu bahawa saya berjaya mendaftar ke AmOnline?

AmBank akan menghantar SMS dan Emel yang memberitahu Anda mengenai pendaftaran Anda.

3. Apa Itu AmSecure?

AmSecure merupakan pengganti keselamatan yang lebih tinggi untuk SMS TAC bagi membenarkan transaksi Anda di aplikasi dan web AmOnline. AmSecure lebih selamat daripada SMS TAC kerana mengikat ID Pengguna AmOnline Anda ke peranti mudah alih Anda.

Dengan AmSecure, Anda tidak perlu lagi menunggu SMS TAC untuk membenarkan transaksi Anda. Anda hanya perlu mengetuk Kuasa di peranti mudah alih.

Sekiranya ada sebarang masalah atau pertanyaan mengenai AmBank, Anda boleh hubungi Contact Centre di 03-2178-8888.