Citibank merupakan bank berlesen yang beroperasi di Malaysia sebagai anak syarikat Citigroup Holding (Singapore) Private Limited. Citibank memulakan operasi perbankan di Malaysia pada tahun 1959.
Citibank juga merupakan bank universal yang menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan dan kewangan termasuk perbankan runcit, perbankan institusi, dan juga produk dan perkhidmatan pelaburan.
Ramai pelanggan yang mempunyai pertanyaan mengenai macam mana cara daftar Citibank online. Bagi Anda yang ingin daftar, berikut kami kongsikan cara daftar Citibank online banking menggunakan Debit/ATM Card dan Credit Card.
Cara Daftar Citibank Online Guna Debit & ATM Card
Cara yang pertama iaitu cara daftar Citibank menggunakan Debit & ATM Card, ikuti langkah-langkahnya:
- Lawati pautan rasmi Citibank https://www.citibank.com.my
- Pilih I have a Citibank Debit & ATM Card.
- Baca terlebih dahulu Terma dan Syarat.
- Klik I Agree.
- Masukkan Nombor Kad Debit/Credit Anda.
- Masukkan Nombor PIN Kad Debit/Credit Anda.
- Klik Continue.
- Pada Create a User ID, masukkan User ID yang Anda ingin gunakan.
- Pada Choose a Password, masukkan Password yang Anda inginkan.
- Pada Confirm your Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
- Klik Continue.
- Selesai.
Cara Daftar Citibank Online Guna Credit Card
Anda juga boleh menggunakan Credit Card untuk daftar Citibank online banking:
- Lawati pautan rasmi Citibank https://www.citibank.com.my
- Pilih Jenis akaun yang Anda inginkan untuk daftar.
- Pilih I have a Citibank Credit Card.
- Baca Terma dan Syarat, klik I Agree.
- Pada Credit Card Number, masukkan nombor kad kredit akaun Anda.
- Masukkan CVV Number sebanyak 3 digit.
- Pada Date of Birth, masukkan tarikh lahir Anda.
- Klik Continue.
- Masukkan Kod OTP yang Anda dapati melalui SMS pada nombor handphone Anda yang telah didaftarkan.
- Masukkan nama pengguna yang Anda mahu pada Create a User ID.
- Masukkan kata laluan yang Anda ingin gunakan pada Choose a Password.
- Pada Confirm your Password, masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
- Klik Continue.
- Selesai.
Itu sahaja perkongsian kali ini, diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.