Masih ramai pelanggan Public Bank yang tidak tahu cara mendaftar internet banking.
Dengan menggunakan perkhidmatan internet banking, semua pelanggan Public Bank boleh membuat urus niaga di mana sahaja dan bila-bila masa.
Semak penyata bank, cek baki, transfer duit, dan pelbagai transaksi perbankan lain dapat dilakukan dengan mudah melalui Internet Banking atau iBanking.
Semua kemudahan ini akan memudahkan transaksi perbankan untuk pelanggan Public Bank sehingga Anda tidak perlu pergi ke ATM untuk melakukan transaksi.
Cara Daftar Public Bank Online
Untuk mendapatkan semua kemudahan di atas, pelanggan Public Bank mestilah terlebih dahulu mengaktifkan perkhidmatan internet banking yang disebut PBe online banking.
Nasib baik, cara daftar Pbe online mudah sangat, kerana Anda dapat mendaftar secara online.
Untuk mengetahui secara detail proses pendaftaran dan pengaktifan, sila rujuk maklumat digicentre.xyz dibawah:
Syarat Aktifkan PBe Online
Terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi untuk mengaktifkan perkhidmatan perbankan internet Public Bank.
- Mempunyai akaun Public Bank aktif.
- Mempunyai nombor handphone yang telah berdaftar di Public Bank.
- Pendaftaran Public Bank online banking mesti mempunyai User ID yang diperoleh melalui ATM Public Bank.
Seperti yang Anda lihat di atas, syarat utama untuk mendaftar perbankan internet Public Bank adalah memiliki akaun Public Bank yang aktif dan mempunyai User ID sementara.
Cara Dapatkan User ID PBe di ATM
- Sila pergi ke mana-mana mesin ATM Public Bank.
- Masukkan ATM dan PIN
- Tekan Other Service
- Tekan Register Internet Banking
- Skrin ATM akan menyatakan notis bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa User ID buat Anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan Press to Continue
- Masukkan nombor telefon Anda
- Masukkan 6 digit PIN
- Pendaftaran berjaya.
Cara Mendaftar PBe Online di Cawangan
Memohon perkhidmatan Pbe online melalui Branches atau cawangan mudah sangat.
Cukup isi borang yang sesuai di bawah ini dan serahkan dengan dokumen yang berkaitan ke cawangan pemegangan akaun Anda.
Sekiranya Anda tidak membawa borang pendaftaran PBe, Anda boleh maklumkan kepada pegawai bank bahawa Anda ingin mendaftar akaun PBe.
Anda akan menerima borang pendaftaran untuk mendaftar akaun PBe online. Sila isi borang tersebut lalu serahkan kepada pegawai bank.
Selepas itu, Anda akan mendapat User ID dan password untuk login ke PBe.
Cara Aktifkan PBe Online
Sila gunakan resit yang Anda dapat dari mesin ATM atau cawangan yang mengandungi User ID dan Password yang diperlukan untuk proses pengaktifan. Proses aktifkan, sila lihat di bawah.
- Buka link https://www.pbebank.com
- Klik Login > PBe
- Masukkan User ID, klik Login.
- Masukkan Password, klik Login.
- Baca terma dan syarat, klik Accept.
- Masukkan New User ID yang Anda mahu, contoh: AW1234
- Masukkan New Password yang Anda mahu, contoh: Pisang123
- Pilih Memorable Answer.
- Masukkan Personal login Pharse (PLP) yang Anda mahu. Click submit.
- Selesai.
Cara Login PBe Online
- Buka link https://www.pbebank.com
- Klik Login > PBe
- Masukkan User ID, klik Login.
- Masukkan Password, klik Login.
- Tahniah, selamat Anda berjaya login.
Setelah perkhidmatan iBanking aktif, Anda dapat mencuba pelbagai kemudahan perbankan internet seperti transfer duit, cek baki akaun dan semak penyata bank dan lain-lain.