Cara Daftar RHB Bank Online

Posted on

Macam mana cara daftar RHB online banking bagi memudahkan transaksi online? RHB Bank menawarkan perkhidmatan yang boleh pelanggan gunakan pada bila-bila masa.

Pelanggan boleh menyemak baki, bayar loan, top up, bayar bil dan banyak lagi melalui RHB online banking/RHB internet banking.

Kami akan berkongsi panduan cara daftar RHB online banking, sila ikuti langkah-langkah berikut ini.

Cara Daftar RHB Bank Online
Cara Daftar RHB Bank Online

Cara Daftar RHB Bank Melalui Mesin ATM

Pertama sekali Anda mesti kena pergi ke mesin ATM berdekatan untuk mendapatkan PIN internet banking sebelum mendaftar RHB Internet Banking.

  1. Pergi ke mesin ATM RHB Bank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM ke slot yang disediakan.
  3. Masukkan PIN kad ATM Anda.
  4. Pilih menu Internet Banking.
  5. PIN Internet Banking Anda akan digunakan untuk daftar dan cara aktifkan akaun RHB Anda.
  6. Resit yang mengandungi enam hingga lapan aksara kod permohonan RHB Internet Banking yang digunakan untuk pengaktifan akan diterima jika proses pendaftaran di mesin ATM selesai.

Cara Daftar RHB Bank Online

Setelah Anda mendaftar di mesin ATM, sila ikuti langkah cara daftar RHB Bank Online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi RHB Bank https://logon.rhb.com.my
  2. Klik I want to Register. I want to Register
  3. Pilih Jenis kad Anda. ATM Debit Card
  4. Klik Next.
  5. Pada ATM/Debit Card No, masukkan nombor kad ATM Anda. Maklumat Kad ATM
  6. Pada ATM/Debit Card PIN, masukkan nombor PIN ATM Anda.
  7. Klik Next.
  8. Masukkan Username yang Anda inginkan. Username dan Password RHB Bank
  9. Masukkan kata laluan yang Anda inginkan pada Password.
  10. Pada Reconfirm Password masukkan sekali lagi kata laluan Anda.
  11. Masukkan Secret Word yang Anda inginkan.
  12. Masukkan Alamat Email Anda.
  13. Klik kotak kecil Terms & Conditions. Daftar RHB
  14. Scroll ke bahagian bawah, klik Next.
  15. Tahniah, Anda berjaya daftar RHB Bank.

Selepas berjaya mendaftar RHB Bank online banking, sila semak baki akaun RHB Bank online untuk dapatkan maklumat baki terkini.

FAQ RHB Bank

Soalan lazim mengenai RHBNow.

1. Apa itu Secret Word?

Secret Word merupakan pengesahan bersama yang digunakan oleh RHB untuk mengesahkan bahawa halaman log masuk adalah dari laman web RHB yang rasmi. Anda akan diminta untuk mendaftarkan Secret Word Anda ketika pertama kali mendaftar untuk menggunakan RHB Now.

Anda boleh memilih frasa minimum 6 hingga 10 alfanumerik dan watak khas tidak dibenarkan. Secret Word anda akan muncul di Internet atau Perbankan Mudah Alih anda setiap kali Anda log masuk. Sentiasa periksa bahawa Secret Word sama dengan yang Anda daftarkan sebelum memasukkan kata laluan Anda.

2. Apa itu RHB Now Mobile Banking?

RHB Now Mobile Banking merupakan aplikasi perbankan dari RHB Bank yang boleh dimuat turun dan di gunakan melalui peranti mudah alih iaitu smartphone.

3. Adakah jam operasional harian RHB Now Internet/Mobile Banking?

RHBNow boleh Anda akses pada bila-bila masa 24 jam.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan Anda boleh hubungi Customer Care Centre di 03-9206-8118 atau melalui Email: customer.service@rhbgroup.com