Cara Dapatkan Penyata Bank Affin Bank Online

Posted on

Macam mana cara dapatkan penyata bank Affin Bank? Tak perlu risau, kami akan kongsikan langkah-langkah cara print penyata bank Affin Bank tanpa perlu kena pergi ke bank.

Affin bank memudahkan para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan online. Salah satunya iaitu e-Penyata, e-Penyata merupakan versi elektronik penyata kertas bulanan yang Anda boleh muat turun dalam format PDF atau melalui e-mail yang berdaftar dengan Anda.

e-Penyata tersedia untuk produk berasaskan penyataan konvensional dan Islam untuk Simpanan akaun/akaun Simpanan-i. Berikut kami kongsikan cara dapatkan Penyata bank Affin Bank online dengan mudah.

Cara Dapatkan Penyata Bank Affin Bank Online

Cara Dapatkan Penyata Bank Affin Bank Online

Sekarang dapatkan penyata bank Affin Bank boleh secara online, ikuti langkah-langkahnya:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Online https://rib.affinonline.com
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik checkbox untuk sahkan Secure Word and Image.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik menu Services.
  8. Kemudian, klik e-Statement.
  9. Klik Download e-Statement.
  10. Klik pada ikon kalendar dan pilih Month pernyataan yang Anda ingin mua turun.
  11. Klik Download.
  12. Penyataan Anda siap untuk dilihat.
  13. Selesai.

Sekiranya Anda tidak mempunyai akaun Affin Online, sila baca langkah-langkah cara daftar Affin internet banking.

Cara Melanggan e-Penyata Bank Affin Bank Online

Jika Anda ingin melanggan e-Penyata Bank yang akan dihantar melalui email Anda, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi Affin Online https://rib.affinonline.com
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik checkbox untuk sahkan Secure Word and Image.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik Services.
  8. Seterusnya, klik e-Statement.
  9. Klik e-Statement Subscription Maintenance.
  10. Klik Edit.
  11. Tandakan kotak semak Langganan.
  12. Klik Register e-mail/update e-mail address.
  13. Klik Request TAC.
  14. Masukkan nombor TAC yang dihantar ke nombor handphone Anda.
  15. Klik Submit untuk melanjutkan permintaan langganan/kemas kini.
  16. Selesai.

FAQ Affin Bank

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan e-Penyata Affin Bank:

1. Setelah melanggan, bilakang saya boleh menerima e-Penyata pertama saya dan berhenti menerima fizikal penyataan?

Anda akan menerima e-Penyata pertama Anda melalui email dan tidak akan lagi menerima penyataan fizikal pada seterusnya.

2. Bagaimana saya tahu jika e-Penyata saya tersedia?

e-Penyata akan disediakan dalam masa tujuh (7)hari dari tarikh penyata masing-masing.

3. Adakah penghantaran e-Penyata melalui email dijamin?

Penyataan email melalui email adalah dalam format dienkripsi dan memerlukan kata laluan untuk melihat e-Penyataan tersebut.

Sekiranya ada sebarang masalah/pertanyaan Anda boleh hubungi Pusat Panggilan Affin Bank di 03-8230 2222.