Nak share kredit dengan kawan-kawan atau family kat dalam Malaysia atau luar negara?
Kalau Anda pengguna Digi atau Celcom, sini kami nak cerita cara mudah nak transfer kredit, baik dalam negara mahupun luar negara.
Tapi kena ingat, perkhidmatan transfer kredit domestik untuk Celcom dah dihentikan sejak 19 Julai 2024.
So, kalau Anda pengguna Digi, Anda masih boleh guna servis ni. Jom kami tunjuk step by step cara nak buat!
Denominasi dan Caj Perkhidmatan
Kalau Anda nak tahu, Digi ada beberapa pilihan jumlah kredit yang Anda boleh share.
Setiap jumlah ni ada caj perkhidmatan tersendiri dan tempoh sah kredit pun berbeza-beza.
Denominasi | Caj Perkhidmatan | Tempoh Sah |
---|---|---|
RM3.00 | RM0.80 | 2 hari |
RM5.00 | RM0.80 | 2 hari |
RM15.00 | RM1.50 | 4 hari |
RM25.00 | RM1.50 | 4 hari |
Syarat Pemindahan Kredit Domestik:
- Caj perkhidmatan akan berubah ikut jumlah kredit yang Anda nak transfer.
- Tempoh sah kredit pun lain-lain, ikut jumlah yang Anda pilih.
Cara Nak Share Kredit Celcom
Oerkhidmatan pemindahan kredit (share kredit) dalam negara hanya boleh digunakan oleh pengguna Digi.
Bagi pengguna Celcom, mereka tidak lagi boleh menggunakan perkhidmatan ini kerana Celcom telah menghentikan servis pemindahan kredit domestik bermula pada 19 Julai 2024.
Jadi, selepas tarikh tersebut, pelanggan Celcom tidak lagi boleh share kredit sesama pengguna dalam Malaysia.
Sila guna ciri cara pinjam kredit Celcom ye.
Cara Share Kredit Domestik Digi
Untuk pengguna Digi, nak share kredit dengan pengguna lain dalam Malaysia ni senang je.
Anda boleh buat semuanya dengan beberapa langkah simple. Jom kita tengok macam mana caranya:
- *Dail 128# – Ni kod USSD yang Anda perlu dail untuk buka menu transfer kredit.
- Pilih ‘1 My Account’ – Lepas tu Anda pilih akaun Anda kat sini.
- Pilih ‘4 Talktime Services’ – Kat sini ada option untuk servis kredit masa berbual.
- Pilih ‘1 Talktime Transfer’ – Pilih ni untuk mula transfer kredit.
- Masukkan nombor telefon penerima – Pastikan nombor yang Anda masukkan betul, tau.
- Pilih denominasi pilihan – Anda boleh pilih jumlah kredit yang nak di-share.
Cara Share Kredit Antarabangsa Celcom dan Digi
Kalau Anda ada keluarga atau kawan kat luar negara dan nak share kredit, Celcom dan Digi ada sediakan servis ni.
Anda boleh hantar kredit ke beberapa negara yang disediakan, tapi ada syarat dan kadar caj yang berbeza ikut negara.
Meh kami tunjuk cara nak buat untuk Celcom dan Digi.
Cara Pemindahan Kredit Antarabangsa Celcom
Untuk Celcom, Anda boleh hantar kredit, data, atau baucar kat negara tertentu, contohnya macam Indonesia. Bawah ni step untuk transfer kredit antarabangsa guna Celcom:
- *Dail 162# – Dail kod ni untuk buka menu transfer antarabangsa Celcom.
- Pilih negara penerima – Anda pilih negara mana yang nak hantar kredit.
- Masukkan nombor telefon penerima – Pastikan nombor tu betul, jangan silap!
- Pilih produk untuk dihantar – Anda boleh pilih nak hantar kredit, data, atau baucar (contoh macam PLN atau Alfamart untuk Indonesia sahaja).
- Pilih denominasi pilihan – Pilih jumlah kredit yang Anda nak hantar dan selesaikan transaksi.
Cara Pemindahan Kredit Antarabangsa Digi
Digi pun ada servis yang sama. Prosesnya pun lebih kurang je, tapi untuk Digi Anda kena ikut step ni:
- *Dail 128# – Dail kod ni untuk akses akaun Digi Anda.
- Pilih ‘1 My Account’ – Masuk menu akaun.
- Pilih ‘4 TalkTime Services’ – Pilih perkhidmatan kredit masa berbual.
- Pilih ‘4 TalkTime Transfer International’ – Option ni khas untuk transfer kredit antarabangsa.
- Pilih negara penerima – Pilih negara tempat penerima berada.
- Masukkan nombor telefon penerima – Masukkan nombor dan pilih jumlah kredit yang nak dihantar.
Negara yang Layak untuk Pemindahan Kredit Antarabangsa
Celcom dan Digi cover banyak negara untuk servis ni.
Berikut negara-negara yang layak untuk pemindahan kredit antarabangsa:
- Indonesia
- Bangladesh
- Nepal
- Myanmar
- Pakistan
- India
- Filipina
- China
- Vietnam
- Thailand
- Kemboja
- Sri Lanka
Nota: Kadar caj dan denominasi pemindahan kredit ni berbeza ikut operator telekomunikasi kat negara penerima.
So, sebelum transfer, better check dulu kadar caj kat menu yang disediakan.
Pemindahan kredit, tak kisah dalam negara atau antarabangsa, memang memudahkan kita untuk pastikan orang tersayang sentiasa ada kredit.
Walaupun Celcom dah hentikan pemindahan kredit dalam negara, pengguna Digi masih boleh guna servis ni dengan senang.
Untuk antarabangsa pula, Celcom dan Digi cover banyak negara dengan cara yang mudah
Cuma sebelum buat transfer, make sure Anda semak caj dan tempoh sah kredit supaya tak ada masalah kemudian hari.