Tidak ada yang mahu kehilangan lesen memandu. Banyak orang yang kehilangan lesen memandu kerana kes jenayah atau dompet/beg tangan Anda hilang, jika Anda mengalami hal tersebut jangan risau.
Mengapa lesen memandu ini sangat penting? kerana lesen memandu adalah salah satu pengenalan wajib yang perlu Anda bawa semasa memandu motosikal/kereta, ada hukuman/saman yang akan Anda terima apabila Anda lupa membawa atau kehilangan lesen memandu.
Terutama jika Anda ditangkap oleh polis trafik dan ternyata Anda tidak membawa lesen memandu, selain mendapat hukuman, Anda juga akan membayar denda.
Lesen memandu hilang apa perlu buat? Sama seperti memperbaharui lesen memandu dan membuat lesen memandu baru, ada bayaran/kos dan dokumen yang perlu Anda bayar untuk gantian lesen memandu Anda yang hilang.
Dokumen Sokongan
Beberapa dokumen perlu disediakan sebagai sokongan untuk mendapatkan gantian lesen memandu di JPJ.
- Mengisi borang permohonan penggantian lesen (JPJ L1) di JPJ
- IC/Mykad/Kad Pengenalan
- Duit RM20 (Denda) + RM30 untuk renew lesen baru
- Salinan lesen memandu jika ada
Cara Dapatkan Lesen Memandu Hilang
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan salah satu dari jabatan di bawah Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Fungsi JPJ iaitu bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kaunter untuk pelesenan kenderaan dan pemandu serta menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk memastikan pemandu yang berhemah dan kenderaan yang selamat.
Jika lesen memandu Anda hilang ini yang perlu Anda buat.
- Sila pergi ke JPJ terdekat dengan membawa dokumen yang dinyatakan diatas.
- Sila isi borang JPL L1 (borang permohonan lesen memandu).
- Tunggu giliran Anda dipanggil, berikan borang JPL L1 ke kakitangan JPJ sekiranya nombor Anda telah dipanggil.
- Siapkan duit RM20 bagi dapatkan lesen memandu baru. Jika perlu sila renew lesen memandu Anda untuk menambah tempoh tahun lesen Anda.
- Sila duduk dan tunggu lesen memandu Anda selesai di cetak, waktu yang diperlukan sekitar 20 minit hingga 60 minit sahaja.
Sekiranya Anda kehilangan lesen memandu kerana disamun atau di curi Anda perlu report polis yang menyatakan bahawa lesen Anda di curi.
Pihak JPJ akan membuatkan Anda lesen memandu yang baru secara percuma tanpa bayaran.