Perkhidmatan i-Akaun KWSP pada dasarnya diciptakan untuk memudahkan aktiviti transaksi antara kedua pihak (KWSP dan pelanggan).
Dengan perkhidmatan i-Akaun KWSP ini, pelanggan dapat melakukan transaksi pengeluaran, semakan baki terkini dan semak status permohonan hanya melalui telefon pintar.
Praktikal, mudah, murah, selamat, selesa, sentiasa aktif 24 jam 7 hari, dan pastinya cepat.
Kelebihan i-Akaun KWSP
Berikut adalah senarai kelbihan yang ada pada sistem i-Akaun KWSP.
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.
- Menyemak log aktiviti i-Akaun.
- Permohonan pengeluaran KWSP.
- Semak status permohonan pengeluaran.
- Semak maklumat berkaitan dengan nomination.
Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Online
Ada 2 cara yang boleh Anda gunakan untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara iaitu melalui kiosk/KWSP dan hubungi KWSP 03-89226000.
Pihak KWSP seterusnya akan memberikan maklumat ID pengguna dan kata laluan melalui SMS.
Cara Pengaktifan i-Akaun KWSP
Pemberitahuan: Anda di syorkan untuk mengaktifkan ID pengguna dan kata laluan sementara dalam masa 30 hari selepas maklumat tersebut Anda terima.
Sekiranya pengaktifan tidak dibuat dalam masa 30 hari, Anda perlu hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara.
Langkah-langkah aktifkan i-Akaun KWSP
- Buka web rasmi KWSP https://www.kwsp.gov.my
- Klik menu Log Masuk/Login.
- Sila masukkan ID Pengguna sementara, klik Next.
- Sila masukkan password/kata laluan sementara klik Next.
- Sila baca terma dan syarat. Klik pada kotak checkbox √ Agree (Anda bersetuju) kemudian klik Next.
- Sila buat ID Pengguna baharu yang mudah di ingat. ID Pengguna baharu mestilah gabungan alphanumeric 8 – 16 digit. Contoh: Siti8989
- Buat kata laluan baharu dengan gabungan alphanumeric 8 – 20 digit dan masukkan semula kata laluan tersebub untuk pengesahan. Contoh: Noordian6565
- Pilih imej online untuk keselamatan.
- Sila isi Frasa Rahsia dengan panjang maksimum 10 aksara, klik Next.
- Sekarang Anda boleh terus login ke perkhidmatan i-Akaun.
Semakan Penyata KWSP Secara Online
Sekarang Anda telah mempunyai akaun berdaftar di i-Akaun. Untuk melakukan semakan penyata KWSP online sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Buka laman https://www.kwsp.gov.my
- Login i-Akaun KWSP.
- Pilih menu My Account > Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya.
- Muat turun penyata KWSP.
Baca juga : Cara keluarkan duit ASB online tanpa buku
Maklumat Penting
Maklumat login yang Anda buat adalah rahsia, jangan sampai orang lain tahu maklumat tersebut.
Berikut adalah tips untuk elakan kecurian maklumat login i-Akaun.
- Tukar kata laluan/password secara berkala.
- Jangan berikan ID Pengguna dan kata laluan Anda melalui email, whatsapp, telegram dan telefon.
- Jangan dedahkan ID Pengguna dan kata laluan kepada sesiapa
- Selepas menyelesaikan aktiviti di i-Akaun sila logout dengan betul.
- Jangan gunakan fungsi Remember Password piranti yang digunakan untuk log masuk, maklumat Anda akan mudah dicuri oleh penggodam komputer
Sekiranya Anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan sila hubungi call center KWSP di nombor 03-89226000.