Bagaimana cara aktifkan nombor U Mobile yang telah tamat tempoh? Adakah Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang telah tamat tempoh tetapi Anda ingin aktifkan kembali nombor tersebut.
Perkara ini kerap berlaku kerana mungkin Anda terlupa untuk topup kredit, atau Anda kerap menggunakan Wifi sahaja, jadi Anda terlupa check expired.
Tidak perlu risau, di sini kami akan kongsikan bagaimana cara aktifkan nombor U Mobile yang sudah expired.
Cara Aktifkan Nombor U Mobile Yang Sudah Expired
Cara ini sangat berjaya untuk mendapatkan kembali nombor kepunyaan kita melalui pengaktifan semula akaun. Cuma masalahnya kita perlu menukarkan perkhidmatan sedia ada daripada prabayar kepada pascabayar.
- Pergi ke U Mobile centre terdekat.
- Pastikan nombor telefon bimbit didaftarkan atas nama Anda. Jika nombor tersebut didaftarkan atas nama orang lain, maka orang tersebut mestilah pergi untuk buat permohonan itu.
- Sediakan wang yang cukup untuk bayaran pendahuluan untuk bil pascabayar.
- Sila tunggu proses pengaktifan, Anda perlu menunggu di dalam tempoh masa 1 sehingga 7 hari.
- Jangan lupa pastikan bahawa nombor telefon Anda sentiasa aktif. Sekurang-kurangnya topup RM3 sebulan sekali.
Cara Aktifkan Nombor U Mobile Tamat Tempoh Online
Anda boleh cuba cara aktifkan semula nombor U Mobile melalui online di bawah ini:
- Jika nombor U Mobile Anda tamat tempoh/expired, perkara pertama yang mesti Anda lakukan adalah hubungi customer service U Mobile.
- Anda boleh menghubungi customer service melalui no telefon, facebook rasmi U mobile dan twitter.
- Khidmat pelanggan U Mobile ini beroperasi daripada 9 AM – 12 AM, 7 hari seminggu.
- Selepas itu khidmat pelanggan akan buat proses pengesahan selepas itu no handphone Anda akan di aktif semula.
Tips
Jika nombor telefon bimbit Anda tidak aktif selama lebih daripada 2 bulan (60 hari), nombor tersebut akan tamat tempoh.
Selepas 5 hari, Anda tidak berhak mendapatkan semula nombor Anda. Untuk mengelakkan nombor telefon Anda daripada tamat tempoh, Anda boleh mengikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi U Mobile dan kemudian Anda boleh check tamat tempoh nombor handphone Anda. Jika memasuki waktu tamat tempoh, sila topup segera, agar nombor simkad Anda sentiasa aktif.
- Jika mahu sila gunakan 2 simkad pada 1 telefon bimbit, kerana kini hampir semua telefon bimbit sudah menyokong 2 kad sim.
- Jika nombor tersebut sangat bermakna kepada Anda tetapi jarang digunakan. Anda boleh menggunakan nombor itu untuk telefon/sms sahaj, jadi ia kelihatan seperti sentiasa aktif.
Itulah panduan bagaimana cara aktifkan nombor U Mobile yang sudah expired, semoga berjaya.