AEON menyediakan kemudahan untuk membeli pelbagai produk atau perkhidmatan tetapi boleh dibayar secara ansuran. Selain itu AEON merupakan pembiayaan Islam tidak bercagar dan menawarkan jumlah pinjaman minimum RM1,000 dan jumlah pinjaman maksimum RM100,000.
Ramai pelanggan telah mencuba perkhidmatan AEON sebab AEON memberikan kemudahaan membuat pembayaran/bayaran balik, salah satunya membenarkan pelanggan membayar melalui CIMB Clicks.
Di sini kami kongsikan panduan cara bayar loan AEON Credit melalui CIMB Clicks.
Cara Bayar AEON Credit Melalui CIMB Clicks
Ikuti langkah-langkah mudah cara bayar AEON Credit melalui CIMB Clicks di bawah ini:
- Buka www.cimbclicks.com.my
- Masukkan User ID akaun Anda.
- Klik Login.
- Sahkan Secure Word Anda.
- Masukkan Password Anda.
- Klik Login.
- Selepas Anda login, klik Pay&Transfer.
- Pada Pay&Transfer, klik Pay Bills.
- Pada To, sila pilih akaun yang akan Anda hantar iaitu AEON.
- Pada Bill Account Number, masukkan Nombor Pembayaran Anda.
- Pada From, masukkan maklumat akaun Anda.
- Pada Amound and When, masukkan jumlah dan tarikh yang akan dihantar.
- Seterusnya, klik Make Payment.
- Periksa terlebih dahulu maklumat pembayaran Anda.
- Klik Confirm.
- Butiran maklumat pembayaran Anda akan dipaparkan secara details.
- Selesai.
Baca juga langkah-langkah cara buat full settlement AEON Credit.
Cara Bayar AEON Credit Melalui CDM
Anda juga boleh bayar pinjaman AEON Credit melalui CDM:
- Kunjungi CDM CIMB yang berhampiran.
- Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
- Seterusnya, pilih Bills pada menu utama.
- Pilih AEON Credit.
- Pilih Jenis Pembayaran yang Anda inginkan.
- Masukkan Nombor Perjanjian/Kad Kredit Anda.
- Masukkan Nombor Telefon Anda.
- Masukkan wang tunai ke CDM.
- Pilih Accept untuk meneruskan pembayaran.
- Ambil resit Anda.
- Selesai.
FAQ AEON
Soalan lazim mengenai AEON.
1. Bagaimana saya hendak menyemak baki tertunggak saya?
Anda boleh sama ada menghubungi talian khidmat pelanggan AEON, log masuk dengan nama pengguna dan kata laluan Anda atau menyemak halaman pertanyaan SMS untuk mendapatkan maklumat lanjut.
2. Bilakah bayaran perlu dibayar?
Bayaran perlu di bayar setiap bulan.
3. Bagaimana jika saya memerlukan bantuan peribadi?
Anda boleh menghubungi AEON melalui Talian Perkhidmatan Pelanggan AEON di 03-2719-9999
Diharapkan yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.