Cara Bayar AEON Credit

Posted on

AEON Credit memberikan kemudahan dan keselesaan dalam memenuhi segala keperluan hidup Anda, pelbagai tawaran istimewa boleh dinikmati oleh lebih 61 juta peniaga atau tempat perniagaan berlogo VISA di seluruh dunia.

AEON Credit juga memberikan kemudahan cara pembayaran, Anda dapat melakukan pembayaran AEON di tempat yang sudah disenaraikan oleh AEON.

Sila ikuti panduan cara bayar AEON Credit secara online dan melalui pelbagai tempat di bawah ini.

Cara Bayar AEON Credit

Cara Bayar AEON Credit

Sekarang pelanggan AEON credit boleh bayar pinjaman melalui pelbagai cara, berikut adalah senarai cara bayar loan AEON credit.

1. Bayar AEON Credit Melalui Service Centers

Di Service Centers Anda boleh melakukan pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) atau melalui pegawai.

Waktu operasi Cawangan Kredit AEON:

  • Semenanjung Malaysia
    Isnin-Sabtu: 9.00 pagi-6.00 petang
    Ahad antara 25 hingga 5 haribulan: 10.00 pagi-6.00 petang
    Cuti Umum: Tutup
  • Wilayah Timur
    (Terpakai untuk Kelantan & Terengganu sahaja)
    Sabtu – Khamis : 9.00 pagi – 6.00 petang
    Jumaat/ Cuti Umum : Tutup

Nota: Memandangkan tarikh akhir Kitaran Pembayaran, Operasi Ahad Cawangan dan Pusat Perkhidmatan AEON akan mengikut kritea:

Jika operasi Ahad terakhir jatuh sebelum 25 haribulan, operasi Ahad akan diganti pada Ahad depan minggu berikutnya. Sekiranya terdapat dua (2) hari Ahad dalam tempoh 25 hingga 3 haribulan, kedua-dua hari Ahad akan dibuka untuk operasi.

Cara bayar melalui AEON:

  1. Kunjungi Service Centers terdekat.
  2. Bincangkan kepada pegawai Service Centers bahawa Anda ingin membayar AEON Credit.
  3. Ikuti arahan yang diberikan sehingga berjaya.
  4. Selesai.

Jika Anda mahu buat bayaran penuh, boleh baca panduan cara buat full settlement AEON Credit.

2. Bayar AEON Credit Melalui Kaunter

Anda juga dapat melalukan bayar AEON Credit melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Yuran dan Caj bayaran sebesar RM1.00

3. Bayar AEON Credit Melalui Cash Deposit Machines (CDM)

AEON Credit juga memudahkan para pelanggan aktifnya dengan membolehkan membayar AEON Credit melalui Mesin Deposit Tunai yang boleh didapati di tempat-tempat di bawah ini berserta fi dan caj yang ada:

  • Maybank: RM1.00
  • Publick Bank: RM1.00
  • CIMB: RM1.00
  • Alliance Bank: RM0.50
  • BSN: RM1.00

4. Bayar AEON Credit Melalui Cheque Deposit Terminals (CDT)

Pembayaran AEON Credit juga boleh dilakukan di Terminal Deposit Cek yang boleh didapati di tempat-tempat ini:

  1. Public Bank dengan fi dan caj sebesar RM1.00
  2. Alliance Bank dengan fi dan caj sebesar RM0.50

Nota: Caj pembayaran akan dicaj ke dalam akaun kad kredit Anda.

5. Bayar AEON Credit Melalui ATM

Bayaran balik AEON Credit dapat di bayar melalui ATM:

  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank
  • AmBank
  • Alliance Bank
  • Maybank

Contoh cara bayar AEON credit guna BSN (myBSN)

  1. Masukkan kad Bank BSN anda.
  2. Pilih bahasa pilihan anda.
  3. Pilih Payment/Bayaran di menu utama.
  4. Pilih Other Loan/Pinjaman Lain.
  5. Pilih AEON pada skrin penerima.
  6. Masukkan jumlah bayaran masuk.
  7. Masukkan nombor perjanjian/kad kredit anda.
  8. Pilih YA untuk meneruskan pembayaran.
  9. Ambil resit anda.

6. Bayar AEON Credit Melalui Internet Banking

Anda boleh buat bayaran balik AEON melalui senarai bank di bawah ini.

  • Maybank
  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • BSN
  • AmBank

Contoh cara bayar AEON credit melalui CIMB Clicks

  1. Log masuk CIMB Clicks
  2. Selepas berjaya log masuk, sila pilih Pay Bill
  3. Pilih akaun simpanan Anda pada pilihan Payment From 
  4. Pilih jenis pembayaran AEON anda pada pilihan Payment to
  5. Masukkan no contract/credit card number
  6. Masukkan jumlah pembayaran
  7. Klik Submit
  8. Selesai

7. Bayar AEON Credit Melalui Inter-Bank Giro

Cara bayar yang terakhir iaitu Anda boleh bayar AEON Credit Melalui Inter-Bank Giro, untuk malumat lanjut Anda boleh hubungi 03-5629-8888.

Diharapkan yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan.