Cara Daftar Agrobank Online
Cara Daftar Agrobank Online

Cara Daftar Agrobank Online

Posted on

Sekarang ini membuat transaksi online boleh dilakukan di mana sahaja, sekiranya Anda adalah pelanggan atau pemegang akaun Agrobank, Anda boleh buat transaksi online melalui hujung jari sahaja.

Agrobank memiliki perbankan internet iaitu AGRONet yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang mudah digunakan seperti menyemak baki akaun, memindahkan wang, melihat butir pembiayaan, membayar bil, top up dan lainnya.

Bagi Anda yang ingin mendaftar Agrobank online banking, boleh ikuti panduan cara daftar AGROnet online banking berikut ini.

Cara Daftar Agrobank Online
Cara Daftar Agrobank Online

Cara Daftar Agrobank Online

Sila gunakan laptop atau smartphone dan sambungan internet yang stabil untuk mula mendaftar AGROnet.

  1. Lawati pautan rasmi AgroNet https://www.agronet.com.my
  2. Klik Register an Account.
  3. Baca Terma dan Syarat, kemudian klik Accept. Terma dan Syarat Agronet
  4. Masukkan Account Number (16 digits) milik Anda. Registrasi Agronet
  5. Masukkan Nombor Kad ATM Agrobank Anda.
  6. Masukkan Nombor PIN ATM Anda.
  7. Masukkan kod Captcha.
  8. Klik Next.
  9. Masukkan Username yang Anda ingin gunakan. Maklumat Register Agronet
  10. Masukkan Password yang Anda ingin gunakan.
  11. Masukkan sekali lagi Password Anda.
  12. Klik Register. Register Agro
  13. Tahniah, Anda berjaya daftar Agrobank.

Sila simpan atau save maklumat seperti username dan password kat buku agar Anda tak terlupa di masa hadapan.

Cara Aktifkan Akaun AGRONet

Selepas Anda daftar AGRONet, kemudian ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk proses pengaktifkan akaun Anda:

  1. Setelah pendaftaran akaun Anda berjaya, klik Activate.
  2. Check Username dan Mobile Number, klik Yes jika itu betul. Activation
  3. Masukkan TAC Number yang dihantar ke nombor handphone Anda melalui SMS. TAC Number
  4. Klik Next.
  5. Anda berjaya aktifkan akaun Anda.
  6. Selesai.

FAQ Agrobank

Berikut beberapa soalan lazim mengenai Agrobank:

1. Apa itu soalan keselamatan?

Soalan Keselamatan merupakan ciri keselamatan tambahan yang akan digunakan ketika pelanggan melalukan transaksi melalui AGRONet bagi tujuan pengesahan transaksi.

2. Jenis produk pembiayaan apa sahaja yang layak bagi program moratorium Agrobank ini?

  • Kemudahan Pembiayaan Peribadi
  • Kemudahan Pembiayaan Modal Kerja-i
  • Kemudahan Pembiayaan Ar-Rahnu
  • Kemudahan Pembiayaan Berjangka
  • Kemudahan Pembiayaan Perdagangan

3. Berapakah kos yang dikenakan oleh AGRONet?

Tiada kos dikenakan dan tiada yuran bulanan dan tahunan. Anda hanya dikenakan yuran caj transaksi berdasarkan transaksi tertentu.

Itulah panduan cara daftar Agrobank online banking/AGRONet, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.