Semak Baki Akaun Agrobank Online

Posted on

Agrobank merupakan peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan berasaskan nilai (VBI) di Malaysia. Agrobank terlibat secara aktif mencatatkan pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian di Malaysia dengan menawarkan produk dan solusi kewangan yang patuh syariah.

Agrobank juga mempunyai perbankan internet iaitu AGRONet. Melalui AGRONet, Anda boleh melakukan urusan perbankan dimana sahaja selama 24 jam. Dengan hanya menggunakan telefon bimbit/komputer dan sambungan internet yang berkualiti Anda dapat melakukan pebagai perkhidmatan online seperti semak baki akaun Anda, memindahkan wang ke akaun lain, menetapkan had transaksi dan banyak lagi.

Jadi, bagaimana langkah-langkah cara semak baki akaun Agrobank online melalui AGROnet? Sila ikuti panduan check baki akaun AgroBank melalui online di bawah ini.

Semak Baki Akaun Agrobank Online

Semak Baki Akaun AgroBank Online

Panduan semak baki akaun AgroBank online ini mestilah login Agrobank online di AGRONet.

  1. Lawati pautan rasmi Agrobank https://www.agronet.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda. Username semak baki Agrobank
  3. Klik Login.
  4. Tick checkbox Yes, this is my Security Image. Security Image Agrobank
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Submit.
  7. Selepas Anda login, klik Account and Banking yang terletak di sebelah kiri. Accounts Banking
  8. Kemudian, klik Deposit Accounts. Deposit Account
  9. Klik Account Detail. Account Details
  10. Seterusnya, klik butang Go.
  11. Maklumat baki akaun Anda akan dipaparkan secara detail.
  12. Selesai.

Tidak mempunyai akaun AGRONet? Sila baca panduan cara daftar AgroBank online banking untuk buat pendaftaran online.

Check Baki Akaun Agrobank Melalui ATM

Cara kedua iaitu check baki akaun Agrobank melalui ATM

  1. Sila pergi ke mesin ATM Agrobank terdekat.
  2. Masukkan Kad ATM Agrobank Anda ke slot kad yang disediakan.
  3. Masukkan PIN ATM Agrobank Anda.
  4. Kemudian, klik Pertanyaan Baki.
  5. Klik Simpanan/Semasa.
  6. Baki akaun Anda akan dipaparkan di skrin ATM secara detail.
  7. Selesai.

FAQ Agrobank

Berikut ini beberapa soalan lazim mengenai Agrobank:

1. Apa Itu DuitNow?

DuitNow merupakan perkhidmatan pemindahan dana online masa nyata baru di mana Anda boleh memindahkan dana ke penerima dengan menggunakan Proksi/Nombor Akaun atau Pengecam (ID) yang disebut DuitNow ID. Dengan DuitNow, Anda akan menikmati perkhidmatan 24/7 yang mudah digunakan sambil mengekalkan tahap tinggi keselamatan.

2. Apa Itu Soalan Keselamatan?

Soalan Keselamatan merupakan ciri keselamatan tambahan yang akan digunakan kompilasi pelanggan melakukan transaksi melalui AGRONet bagi tujuan pengesahan transaksi.

3. Siapa sahaja yang boleh menggunakan DuitNow QR?

Semua pelanggan baru dan sedia ada Agrobank dapat menggunakan DuitNow QR melalui AGRONet Mobile.

Mudah sahaja jika Anda mengikuti langkah-langkah di atas dengan teliti. Sekiranya ada sebarang pertanyaan mengenai Agrobank Anda boleh hubungi Customer Service Hotline di 1 300 88 2476(local)/+603 2079 0600(intl)