Macam mana cara tebus internet free Digi, apa perlu buat? Semua pelanggan Digi dapat menebus Internet Produktifiti 1GB secara percuma yang dapat digunakan untuk pendidikan, produktifiti dan perkhidmatan yang berkaitan dengan maklumat terpilih.
Internet Free 1GB ini boleh digunakan dari jam 12.01 pagi hingga 11.59 malam setiap hari. Pelanggan hanya boleh menebus tawaran ini sekali setiap hari.
Jika Anda ingin dapatkan pakej internet percuma dari Digi, sila ikuti langkah-langkah cara tebus Internet Free Digi di bawah ini.
1. Cara Tebus Internet Free Digi
Berikut ini merupakan cara tebus internet 1GB Percuma Digi:
- Untuk Prepaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *338*1*1#
- Postpaid (Panggilan dan Broadband): Dial UMB *238*1*1#
Nota: Pelanggan hanya dibenarkan menebus tawaran ini sekali setiap hari. Ini tidak akan diperbaharui secara automatik.
2. Aplikasi Yang Tidak Dapat Diakses
Gaming | Music | Social Site | Video |
---|---|---|---|
Arena of Valor | Apple Music | Bigo | Bigo |
Call of Duty | JOOX | DailyMotion | |
Free Fire | Shazam | FB Live | |
King of Duty | Smule | Snapchat | IGTV |
Lagenda of Runeterra | SoundCloud | Telegram | JOOX |
Life After | Spotify | TikTok | Netflix |
Lords Mobile | SYOK | Tumblr | TikTok |
Mobile Legends | QQ Music | Viu | |
PUBG Mobile | Wesing | YouTube | |
Rise of Kingdoms | YouTube Music | YY | YY |
Digi juga menyediakan tawaran yang diformulasikan untuk kegunaan harian Anda. Ini termasuk:
Pengguna Prepaid
- Internet tambahan serendah RM1 setiap hari
- Kekal dilindungi dengan Digi Abadi, pelan prepaid pertama yang memberi Anda perhubungan serta perlindungan insurans nyawa secara percuma.
- Berhubung dengan setiap kepentingan menggunakan Digi Prepaid NEXT, satu-satunya pelan prepaid yang memberi Anda 30 hari Internet-Pantas tersedia dengan harga serendah RM15.
Pengguna Postpaid
Pengguna kategori warga emas serta OKU boleh menikmati diskaun bulanan sebanyak RM10 untuk mana-mana pelan postpaid sepanjang hayat.
Baca juga panduan cara pinjam kredit Digi.
3. FAQ Digi
Berikut ini beberapa soalan lazim mengenai Digi:
1. Saya belum menggunakan Internet Produktiviti 1GB sepenuhnya hari ini, bolehkah saya menggunakannya pada esok hari?
Tidak, kuota Anda yang tidak digunakan untuk hari itu akan tamat tempoh pada 12.00AM dan Anda perlu menebus Internet Produktiviti 1GB percuma pada hari berikutnya. Jika terdapat baki untuk hari tersebut, bakinya akan terhapus.
2. Adakah saya layak menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma ini?
Tawaran ini hanya tersedia bagi pelan Prepaid:
Digi New Best v1, Digi New Best v2, Digi Smart Plan, Digi Best 2016, Digi Best 2017, Digi Prepaid LIVE, Digi Monthly Plan 28, Digi Abadi dan Digi Home Broaband (Prepaid Broadband)
3. Saya telah menebus Internet Produktiviti 1GB percuma pada 12:00 tengah hari ini, berapa lama saya dapat menikmati kuota 1GB?
Anda boleh menikmati Internet Produktiviti 1GB percuma dari jam 12:00PM sehingga 11:59PM. Jika Anda ingin menikmati Internet Produktiviti 1GB Percuma esok, Anda diminta menebus melalui saluran UMB.