Cara Top Up Celcom

Posted on

Bagaimana cara top up Celcom internet dan kredit? Celcom merupakan salah satu SIM kad paling popular kerana selalu menawarkan pelbagai jenis promosi internet murah. Secara konsisten, Celcom sebagai penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia pada masa ini terus menyediakan promosi yang menarik.

Pengguna kad Celcom akan sentiasa dapat menikmati pelbagai pakej internet murah dengan jumlah kuota yang boleh disesuaikan dengan keperluan mereka. Pada kesempatan ini, kami akan kongsikan cara cara topup pakej internet dan cara topup kredit Celcom yang boleh Anda beli mengikut keperluan Anda.

Sekarang top up kredit dan internet Celcom dapat di beli melalui online, kerana Celcom mengeluarkan aplikasi Celcom Life. Dengan menggunakan aplikasi Celcom Life Anda dapat check baki kredit, langgan internet, top up internet dan banyak lagi. Berikut kami kongsikan cara top up Celcom dengan mudah dan pantas.

Cara Top Up Celcom

Cara Topup Celcom

Panduan cara Top Up Celcom menggunakan baucar:

  1. Kunjungi tempat atau kaunter celcom untuk membeli baucar.
  2. Gosok baucar yang Anda beli untuk melihat PIN.
  3. Dail *122*nombor PIN 16 digit# Contoh: *122*8657654362789174#
  4. Tekan butang telefon.
  5. Tahniah, Anda berjaya topup Celcom melalui baucar.

Cara Topup Internet Celcom Melalui Celcom Life App

Pastikan Anda telah muat turun aplikasi Celcom Life terlebih dahulu, jika belum mempunyai aplikasi ini sila muat turun di Google PlayStore/AppStore.

  1. Buka Aplikasi Celcom Life Anda.
  2. Pilih Jenis Pakej Top Up Internet yang Anda inginkan.
  3. Pilih Kaedah Pembayaran Anda.
  4. Ikuti petunjuk seterusnya.
  5. Selesai.

Cara Top Up Celcom Online

Cara ini cukup mudah, Anda hanya perlu ikuti langkah di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi https://www.celcom.com.my
  2. Pilih Prepaid dan pilih Celcom XPAX.
  3. Anda akan diminta melalui 3 langkah, pertama iaitu masukkan Nombor Handphone Anda.
  4. Sila pilih jenis Top Up yang Anda inginkan.
  5. Seterusnya, semakan pembelian Anda akan muncul.
  6. Pilih Kaedah Pembayaran yang Anda inginkan.
  7. Buat Pembayaran sehingga selesai.
  8. Anda berjaya Top Up Celcom Online.

Cara Top Up Celcom Melalui 11STREET

Anda juga boleh top up Celcom melalui 11STREET dengan mudah, jika Anda top up melalui 11STREET Anda akan mendapat diskaun sebanyak 5%.

Sila muat turun aplikasi 11STREET terlebih dahulu, Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah yang tersedia di aplikasi tersebut.

Cara Top Up Celcom Melalui Maybank2u

Anda juga boleh top up Celcom melalui Maybank2u, pastikan baki akaun Anda cukup untun top up Celcom:

  1. Login ke aplikasi Maybank2u Anda.
  2. Klik Mobile.
  3. Klik Prepaid Reload.
  4. Klik Savings Account-i.
  5. Pilih Jenis Kad yang ingin Anda Top Up.
  6. Masukkan Nombor Handphone yang akan di Top Up.
  7. Pilih Jumlah yang akan di Top Up.
  8. Klik Proceed.
  9. Klik Confirm&Pay.
  10. Selesai.

Itulah langkah-langkah cara topup kredit Celcom dan cara topup internet Celcom, semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.