Celcom Digi Fibre vs Unifi
Celcom Digi Fibre vs Unifi

Celcom Digi Fibre vs Unifi Mana Berbaloi Untuk Anda

Posted on

Bila cerita bab internet ni, tak sah kalau kita tak banding antara penyedia utama macam Celcom Digi Fibre vs Unifi.

Lagi-lagi zaman sekarang, internet laju dah jadi benda wajib. Tak kira nak tengok Netflix, kerja dari rumah atau download game berpuluh gigabyte, mesti nak cari yang terbaik.

So, kami nak kongsikan panduan untuk bantu Anda pilih antara Celcom Digi Fibre atau Unifi, ikut mana yang lebih sesuai dengan keperluan harian Anda.

Celcom Digi Fibre vs Unifi

Kalau nak cerita bab harga, memang ramai yang tengok dulu sebelum pilih. Mari kita tengok perbandingan:

  • Unifi RM129 untuk 100Mbps
  • Digi Fibre RM100 untuk 300Mbps

Nampak macam Digi Fibre ni menang dari segi harga dan kelajuan, kan? Dengan RM100 je, Anda dah boleh dapat 300Mbps sedangkan Unifi pula tawarkan 100Mbps dengan harga lebih mahal sikit, RM129.

Tapi jangan cepat buat kesimpulan, kita kena tengok juga aspek lain yang mungkin bagi impak pada pengalaman penggunaan Anda.

Pengalaman Pengguna Unifi: Senang Bila Ada Isu

Seorang pengguna yang dah habis kontrak dengan Unifi berkongsi pengalaman dia. Lepas dia tanya kat live chat, tak ada tawaran promosi untuk renew kontrak, dan dia mula fikir nak tukar ke Digi Fibre yang lebih murah.

Tapi apa yang buat dia masih setia dengan Unifi ialah bila ada masalah, senang urus dengan satu pihak je. Kalau guna Unifi, semua urusan terus dengan TM, tak perlu melibatkan pihak lain.

Berbanding dengan Digi Fibre, walaupun Digi guna infrastruktur TM, tapi bila ada isu, Digi akan jadi orang tengah antara Anda dan TM.

Ini bermaksud, kalau ada masalah internet, Anda mungkin kena berurusan dengan dua pihak, iaitu Digi dan TM. Jadi, proses penyelesaian masalah mungkin makan masa lebih lama.

Kelebihan Unifi

Unifi ada satu kelebihan dari segi sokongan pelanggan. Bila internet ada masalah, TM sekarang ni lebih cekap dalam mengesan masalah, dan dia orang akan buat laporan automatik tanpa Anda perlu lapor dulu.

Masalah biasanya boleh selesai dalam masa 1-2 hari. Pengguna Unifi juga berkongsi yang dia pernah dapat tawaran upgrade ke 100Mbps dengan harga RM99 je lepas tunggu promosi dari TM.

Jadi, kalau Anda tak tergesa-gesa nak tukar pelan, boleh cuba tunggu dan tanya kat TM Point kalau ada tawaran yang lebih menarik.

Kelebihan Celcom Digi Fibre

Digi Fibre pula jadi pilihan sebab harganya yang lebih rendah dan kelajuan yang lebih tinggi.

Kalau Anda pengguna Digi Postpaid, lagi la berbaloi sebab Digi biasanya ada tawaran yang lebih baik untuk gabungkan pelan postpaid dengan fibre.

Contohnya, pelan 50Mbps untuk pengguna yang tak memerlukan kelajuan yang tinggi sangat, boleh dapat dengan harga yang lebih murah.

Tapi, satu benda yang Anda kena tahu pasal Digi Fibre ialah jarak dari DP box (distribution point) ke rumah Anda.

Kalau jaraknya lebih 100 meter, Anda mungkin kena keluar duit lebih untuk pasang kabel tambahan.

Ada pengguna yang kongsikan pengalaman kena bayar untuk kabel tambahan sebab jarak rumah dia lebih 100 meter, dan dia juga terpaksa bayar kos tambahan untuk potong pokok yang halang kabel.

Jadi, kalau rumah Anda dekat dengan DP box, Digi Fibre memang berbaloi.

So, Mana Lagi Berbaloi?

Nak pilih antara Celcom Digi Fibre vs Unifi ni, memang bergantung pada apa yang Anda perlukan:

  • Kalau nak kelajuan tinggi dengan harga lebih rendah, Digi Fibre mungkin pilihan terbaik, terutamanya kalau Anda pengguna Digi Postpaid. Gabungan pelan postpaid dan fibre boleh bagi penjimatan yang baik.
  • Kalau nak urusan yang senang dan sokongan pelanggan yang lebih cepat, Unifi mungkin lebih sesuai untuk Anda. Bila ada masalah, Anda tak perlu deal dengan banyak pihak, semuanya TM yang uruskan.

Bagi Anda yang masih tak pasti, boleh cuba jalan-jalan ke TM Point tanya dulu kalau ada promosi atau tawaran yang lebih menarik.

Biasanya, TM ada tawaran tersembunyi yang Anda boleh dapat kalau tanya betul-betul.

Seorang pengguna yang setia dengan Unifi cerita yang dia takkan tukar melainkan TM tak buat tawaran yang lebih baik.

Kalau TM tak bagi tawaran yang menarik, dia pun mungkin akan beralih ke CelcomDigi Fibre.

Jadi, keputusan ni bergantung pada Anda sendiri. Tengok bajet, tengok keperluan, dan pilihlah yang terbaik