Jika Anda merancang untuk melancong ke luar negara, pasti Anda ingin tetap terhubung dengan keluarga dan rakan-rakan tanpa sebarang gangguan.
Roaming Digi adalah jalan penyelesaian untuk keperluan ini.
Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan kepada Anda cara beli dan aktifkan International Roaming Digi, sama ada Anda menggunakan pelan prepaid atau postpaid.
Apa itu Roaming Digi
Roaming Digi adalah satu perkhidmatan yang membolehkan Anda menikmati akses Internet dan panggilan di luar negara.
Ia adalah pilihan yang sangat berguna bagi Anda yang sering melancong ke luar negara bersama rakan-rakan dan keluarga.
Dengan Roaming Digi, Anda tidak perlu risau kesulitan untuk mencari Wi-Fi percuma atau mencari kad SIM tempatan.
Dengan hanya menggunakan telefon bimbit Anda, Anda boleh terus berhubung dengan dunia online dan membuat panggilan kepada orang yang Anda sayangi.
Kelebihan Roaming Passes
Salah satu cara untuk menikmati Roaming Digi adalah dengan langgan internet Digi.
Terdapat beberapa pilihan Roaming Passes yang disesuaikan untuk perjalanan Anda.
- Roaming Pass 30 Hari – RM95 Jika Anda merancang untuk melancong dalam tempoh yang panjang, Roaming Pass 30 hari adalah pilihan yang tepat. Dengan hanya RM95, Anda boleh menikmati 30GB Internet pantas, panggilan 30 minit, dan sah selama 30 hari. Pelan ini adalah pilihan yang ideal untuk percutian bersama keluarga atau kumpulan rakan-rakan. Anda hanya memerlukan satu pas untuk melancong ke 69 negara.
- Roaming Pass 3 Hari – RM25 Jika perjalanan Anda lebih pendek atau jika Anda hanya memerlukan akses Internet sementara, Roaming Pass 3 hari adalah pilihan yang sesuai. Dengan hanya RM25, Anda akan mendapat 2GB Internet pantas, panggilan 30 minit, dan sah selama 3 hari. Jika Anda melancong ke Singapura, Indonesia, atau Thailand, Anda akan mendapat tambahan 2GB Internet roaming secara percuma.
- Roaming 5G di 32 Negara Bagi Anda yang menginginkan kelajuan yang lebih tinggi dan pengalaman Internet yang hebat, Digi Roaming Pass juga menawarkan akses 5G di 32 negara terpilih. Anda perlu memastikan Anda menggunakan pelan Digi Postpaid yang layak dan memiliki telefon pintar yang menyokong 5G.
Negara yang Menyokong 5G Digi
5G tersedia di negara dan rangkaian terpilih dengan Digi Roaming Pass.
Berikut ialah senarai penuh negara dan rangkaian yang menyokong perayauan dengan 5G:
Negara | Network |
---|---|
Bahrain | Zain BH |
Brunei Darussalam | DSTCom |
Bulgaria | Yettel BG, Vivacom BG |
Canada | TELUS, Bell |
China | CHN-UNICOM |
Czech Republic | O2 – CZ |
Denmark | Telia DK |
Estonia | Elisa EE, Telia |
Finland | FI elisa, Telia FI, FI DNA |
France | F-Bouygues Telecom, F SFR |
Germany | Telekom.de, o2 – de |
Hong Kong | CSL, SmarTone HK |
Hungary | Telenor HU |
Indonesia | IND TELKOMSEL |
Kuwait | Ooredoo |
Latvia | LV LMT |
Lithuania | Telia LT |
Netherlands | NL KPN, T-Mobile NL |
New Zealand | Spark NZ |
Norway | N Telenor |
Philippines | SMART Gold, Globe Telecom-PH |
Saudi Arabia | Zain KSA |
South Korea | KT |
Singapore | StarHub, Singtel |
Spain | Orange SP |
Sweden | Telenor SE |
Taiwan | Chunghwa Telecom, Far EasTone, TW Mobile |
Thailand | True Move H, AIS |
United Arab Emirates | ETISALAT |
United Kingdom | EE |
United States | AT&T |
Vietnam | VIETTEL |
Cara Beli Roaming Digi Prepaid / Postpaid
Anda boleh mendapatkan Roaming Pass Digi prepaid dengan mudah melalui:
Melalui Aplikasi MyDigi
Sila muat turun aplikasi MyDigi dan log masuk ke akaun Anda, lepas tu ikuti step berikut:
- Log masuk ke aplikasi MyDigi.
- Klik Beli Tambah Nilai (Buy Add-ons).
- Pilih Roaming dan pilih negara tujuan Anda.
- Pilih Roaming Pass yang Anda inginkan.
- Sahkan tarikh pengaktifan Roaming Pass.
- Klik Sahkan.
- Pas Anda akan diaktifkan antara 12am-2am waktu Msia (GMT+8) pada tarikh yang dipilih atau diaktifkan serta-merta jika pembelian untuk kegunaan segera.
- Hidupkan Perayauan Data pada telefon mudah alih Anda apabila Anda berada di destinasi.
Pastikan Anda mempunyai sambungan Internet, seperti Wi-Fi, semasa melakukan langkah-langkah ini.
Melalui UMB (USSD)
Cara aktifkan roaming Digin melalui Dial/USSD:
- Dail *800*3# setelah tiba di negara destinasi.
- Pilih Roaming Pass yang diinginkan.
- Sahkan pembelian Anda. Anda akan menerima SMS pengesahan.
- Aktifkan Data Roaming di telefon bimbit Anda apabila berada di negara tujuan.
Nota: Pelanggan postpaid dinasihatkan untuk mematikan Perayauan Data (Data Roaming) jika mereka melancong ke negara lain tetapi tidak berhasrat untuk membeli Perayauan.
Jika perayauan data dihidupkan tanpa roaming pass yang diaktifkan, pelanggan akan dicaj RM36/hari untuk perayauan tanpa had.
Cara Aktifkan Roaming Digi di iPhone
Jika Anda menggunakan iPhone, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengaktifkan Roaming Data Digi:
- Buka Settings, kemudian ketuk Mobile Data/Cellular.
- Pastikan data mudah alih Anda dihidupkan dengan menggeser palang ke kanan.
- Ketuk Mobile Data Options.
- Pastikan data roaming Anda dihidupkan dengan menggeser palang ke kanan.
Cara Aktifkan Roaming Digi di Android
Bagi pengguna Android, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan Roaming Data Digi:
- Ketuk Mobile Networks/Mobile Data.
- Pastikan data mudah alih dihidupkan dengan menggeser palang ke kanan.
- Pastikan data roaming dihidupkan dengan menggeser palang ke kanan.
Cara Aktifkan Roaming Digi melalui MyDigi
Sila ikuti step-step berikut:
- Buka aplikasi MyDigi.
- Klik Settings.
- Klik My Subscriptions.
- Slide/geser International Roaming untuk aktifkan roaming.
- Selesai.
Soalan Lazim Digi Roaming
Terdapat beberapa soalan lazim yang sering ditanya mengenai Roaming Digi. Mari kita terokai beberapa daripadanya!
Bagaimana Cara Mengaktifkan Roaming 5G?
Untuk menggunakan 5G Roaming, pastikan Anda memiliki pelan dan peranti yang menyokong 5G. Berikut adalah langkah-langkahnya:
- Pastikan Anda mempunyai pelan yang menyokong 5G dan peranti yang sesuai.
- Aktifkan 5G Speed Booster melalui aplikasi MyDigi.
- Setelah diaktifkan, Anda boleh menggunakan 5G Roaming di negara-negara yang menyokong rangkaian tersebut.
Adakah Saya Perlu Memilih Pengendali Secara Manual Ketika di Luar Negara?
Pemilihan pengendali dilakukan secara automatik kepada pengendali tempatan yang disyorkan. Pemilihan manual hanya diperlukan jika Anda mengalami masalah untuk berhubung dengan rangkaian yang disyorkan.
Bagaimana Saya Tahu Jika Roaming Pass Saya Telah Diaktifkan?
Anda akan menerima SMS pengaktifan pada nombor telefon Anda. Untuk Roaming Pass yang dibeli untuk kegunaan segera, pengaktifan akan berlaku secara serta-merta.
Bagi Roaming Pass yang dibeli lebih awal, ia akan diaktifkan pada bila-bila masa antara 12 pagi hingga 2 pagi (Waktu Malaysia) pada tarikh yang dipilih.
Anda akan menerima SMS pengesahan apabila Roaming Pass berjaya diaktifkan.
Bilakah Roaming Pass Saya Akan Tamat Tempoh?
Roaming Pass yang Anda langgan akan tamat tempoh mengikut jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, Roaming Pass 3 Hari akan tamat selepas 72 jam dari masa pengaktifan.
Di Mana Saya Boleh Semak Baki Kuota Roaming Pass Saya?
Anda boleh melihat baki kuota Roaming Pass Anda melalui aplikasi MyDigi atau dengan menelefon kod UMB *800#.
Apa Yang Boleh Dilakukan Dengan Minit Panggilan Roaming?
Minit panggilan Roaming boleh digunakan untuk:
- Nombor tempatan di negara yang dilawati.
- Panggilan ke negara-negara yang terlibat dan panggilan ke Malaysia.
Nota: Menerima panggilan juga akan mengurangkan minit dari jumlah minit panggilan yang diberikan.
Apakah In-Flight Roaming dan Bagaimana Untuk Membelinya?
In-Flight Roaming adalah perkhidmatan roaming yang boleh digunakan dalam pesawat dari ketinggian 20,000 kaki ke atas.
Anda boleh membeli Pass In-Flight 12 jam dari Digi dengan menelefon *800*3# apabila Anda berada di dalam pesawat.
Selepas menerima SMS pengesahan pembelian, telefon bimbit Anda akan mengesan rangkaian Aeromobile In-Flight, membolehkan Anda berselancar di internet semasa penerbangan.
Adakah Saya Perlu Mematikan Voicemail Saya Semasa Berada di Luar Negara?
Digi menggalakkan pelanggan untuk mematikan voicemail sebelum melancong ke negara lain untuk mengelakkan sebarang caj yang berkaitan dengan voicemail.
Kami berharap Anda dapat menggunakkan Roaming Digi dengan lebih yakin semasa melancong ke luar negara.
Pastikan Anda memahami cara-cara pengaktifan dan penggunaannya untuk mendapatkan pengalaman berhubung yang terbaik semasa melancong.