Banyak orang mungkin tertanya-tanya, kredit Celcom Digi yang kita ada tu boleh ke kita transfer terus ke akaun bank?
Kadang-kadang kita ada lebih kredit, tapi tak tahu nak buat apa dengan kredit tu.
Alang-alang ada lebih, mesti kita nak cash-out kan? Tapi, adakah itu mungkin?
Bolehkah Kredit Digi / Celcom Dipindahkan ke Akaun Bank?
Jawapan mudahnya adalah tidak boleh. CelcomDigi memang tak ada perkhidmatan yang membenarkan kita pindahkan kredit prabayar terus ke akaun bank.
Kami dah cuba tanya melalui media sosial rasmi Celcom Digi, dan mereka dah sahkan yang tiada cara untuk memindahkan kredit ke akaun bank.
Kalau Anda nak tahu, berikut adalah sumber rasmi Celcom Digi yang boleh Anda rujuk:
Jadi, kalau Anda ada lebihan kredit, kredit tu boleh digunakan untuk panggilan, mesej, atau pembelian data. Memang tak ada pilihan untuk cash-out ke akaun bank.
Kenapa Tak Boleh Transfer Kredit ke Akaun Bank?
Sebenarnya, perkhidmatan telekomunikasi seperti CelcomDigi ni direka untuk memberi kemudahan komunikasi.
Kredit prabayar tu sebenarnya bukan duit tunai yang boleh dipindahkan. Dia lebih kepada sistem yang memastikan kita dapat guna perkhidmatan telekomunikasi.
Sebab itulah, kredit prabayar tak boleh ditukar menjadi cash yang kita boleh guna di luar.
Lagipun, CelcomDigi tak ada sistem yang membenarkan kredit prabayar diproses sebagai tunai.
Jadi, bila kredit tu ada dalam sistem, dia hanya boleh digunakan dalam ekosistem CelcomDigi je.
Alternatif Lain Untuk Gunakan Kredit
Walaupun kita tak boleh transfer kredit tu ke bank, ada cara lain yang kita boleh manfaatkan kredit yang ada:
Share Kredit dengan Kawan-Kawan
Mungkin ada kawan atau ahli keluarga yang memerlukan kredit.
Anda boleh share kredit Celcom tu dengan mereka. Ini satu cara yang baik untuk membantu orang lain sambil menggunakan kredit yang tak terpakai.
Cara nak share kredit dengan pengguna Celcom:
- Dail *365#
- Pilih ‘Share Kredit’
- Masukkan nombor penerima dan jumlah kredit yang nak dipindahkan.
Beli Pakej Data atau Minipass
Tak guna juga kalau ada kredit berlebihan tapi tak tahu nak pakai.
Anda boleh gunakan kredit tu untuk beli pakej data tambahan atau minipass yang membolehkan Anda menikmati internet tanpa had.
Gunakan Kredit Untuk Pembayaran Melalui Aplikasi E-Wallet
Ada beberapa aplikasi e-wallet yang membenarkan kita menggunakan kredit telefon untuk bayar bil atau tambah nilai.
Jadi, Anda boleh explore pilihan ini sebagai alternatif yang menarik.
Sokongan CelcomDigi untuk Masalah Lain
Kalau Anda ada apa-apa soalan atau masalah berkaitan kredit atau akaun CelcomDigi, jangan segan-segan untuk hubungi pusat khidmat pelanggan CelcomDigi.
Mereka ada untuk bantu Anda. Berikut adalah cara untuk Anda hubungi mereka:
- Pengguna Celcom dalam negara: Dail 1111
- Bukan pengguna Celcom dalam negara: +6019-6011111
- Dari luar negara: Dail 125# (servis 24 jam)
- Digi Local: +6016-2211800
- Didi Abroad: *125# (24 hours)
Jadi, guna kredit yang ada dengan bijak, dan kalau ada sebarang pertanyaan, jangan ragu untuk hubungi CelcomDigi melalui saluran yang mereka sediakan. Anda sentiasa dialu-alukan untuk bertanya.