Cara Daftar dan Aktifkan Sendiri SIMCARD Celcom
Cara Daftar dan Aktifkan Sendiri SIMCARD Celcom

Cara Daftar dan Aktifkan Sendiri SIMCARD Celcom

Posted on

Macam mana cara daftar dan aktifkan sendiri simcard Celcom? Celcom merupakan salah satu pengendali/provider di Malaysia yang menawarkan jenis pelan Pascabayar (postpaid) dan Prabayar (prepaid).

Pelan postpaid meliputi beberapa pilihan yang Anda boleh pilih iaitu, Celcom Mobile Gold, Celcom Mobile Gold Plus, Celcom Mobile Gold Supreme, Celcom Mobile Platinum, Celcom Mobile Platinum Plus dan untuk pelan prepaid iaitu Celcom Xpax.

Sekiranya Anda sudah menentukan pelan Celcom yang Anda ingin gunakan, sila baca panduan cara aktifkan simkad celcom dan cara daftar internet Celcom prepaid dan postpaid berikut.

Cara Daftar dan Aktifkan Sendiri SIMCARD Celcom

Syarat Aktifkan SIM Celcom

Sila sediakan senarai syarat berikut ini:

  • Sambungan Internet/Wifi
  • Dokumen pengenalan diri yang sah
  • Kod bar yang tertera di pek SIM
  • Pemilik dokumen pengenalan diri
  • Keadaan cahaya yang terang untuk proses selfie

Cara Daftar dan Aktifkan Sendiri SIMKAD Celcom

Jika Anda telah membeli SIM Card celcom dan ingin aktifkan simkad Celcom berikut langkah-langkah yang mesti Anda lakukan. Pastikan Anda telah download aplikasi Celcom Life di telefon Anda dan telefon Anda mempunyai sambungan internet.

Aplikasi Celcom Life boleh Anda dapatkan di Google Playstore atau App Store.

  1. Pertama pilih Prepaid Self-Registration.
  2. Sila tentukan bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Inggris.
  3. Pilih dokumen pengenalan diri MyKad/Pasport, tekan butang Seterusnya.
  4. Tick setuju dengan terma dan syarat, klik Seterusnya.
  5. Imbas IC Anda, letak Allow. Cara Aktifkan Sendiri SIMKAD Celcom
  6. Sila imbas muka depan dokumen pengenalan Anda di dalam ruang imbasan dan pastikan butiran diri Anda tidak terlindung. Cara Aktifkan SIMKAD Celcom
  7. Sila check maklumat Anda, jika sudah betul, tekan butang Confirm.
  8. Selepas itu scan SIMKAD Celcom Anda, klik Scan Now letak pada barcode.
  9. Kemudian klik Take A Selfie. Cara Daftar Sendiri SIMCARD Celcom
  10. Selepas berjaya, klik Next.
  11. Kemudian tekan Confirm and Register.
  12. Register dah berjaya, klik Back to Login.
  13. Tekan butang Login with OTP dan masukkan nombor telefon yang di register tadi, klik Next. Cara Daftar SIMKAD Celcom
  14. Nombor OTP akan masuk ke dalam telefon, selepas itu masukkan nombor OTP, klik butang Log In. No OTP Celcom
  15. Sekarang, Anda perlu topup RM35 buat langganan 30 hari unlimited data. Cara Daftar Internet Celcom
  16. Tekan Buy.
  17. Pilih jenis pembayaran Online Banking, Credit/Debit Card, Boost e-Wallet atau guna Baki Kredit. Cara Langgan Internet Celcom Unlimited
  18. Tick setuju terma dan syarat, klik Confirm
  19. Selesai.

Sekarang cuba check baki Celcom untuk mengetahu baki kredit terkini.

FAQ Celcom

Beberapa soalan lazim berkaitan dengan daftar Internet Celcom:

1. Bolehkah saya memilih nombor handphone saya sendiri?

Ya, Anda boleh memilih daripada satu siri nombor larian biasa. Namun, Celcom amat mengesyorkan Celcom Mobile Platinum, kerana Anda boleh memilih nombor pilihan Anda.

2. Siapa yang layak untuk membeli Internet Add-On?

Semua pelanggan pelan Pascabayar dengan Internet mudah alih aktif layak untuk membeli add-on Internet.

3. Bagaimana saya ingin tahu tentang pelan Prabayar Anda?

Pek prepaid Celcom Xpax boleh didapati dalam talian atau di mana-mana bluecube dan kaunter Celcom.

4. Berapa lama ambik masa lepas register untuk active simkad nye

Lepas register no baru terus aktif tuan.