Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online

Posted on

Saya perlukan statement bank BSN, apa perlu buat? Bagaimana cara dapatkan penyata bank BSN online? Sebahagian pelanggan bank BSN tidak mengetahui langkah-langkah cara print penyata bank secara online.

Untuk makluman, penyata bank merupakan catatan sejarah transaksi wang keluar dan wang masuk di akaun bank. Penyata bank banyak digunakan untuk memenuhi keperluan/syarat tertentu seperti permohonan pinjaman wang, pembiayaan, beli rumah, beli kereta dan banyak lagi.

Di BSN, penyata bank dikenali sebagai eStatement yang merupakan penyata akaun dalam bentuk elektronik iaitu versi pdf. Melalui MyBSN, BSN berusaha memberikan kemudahan bagi para pelanggan untuk mendapatkan penyata bank secara online. Berikut panduan cara dapatkan statement bank BSN secara online.

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Online

Sila daftar BSN internet banking terlebih dahulu, jika Anda tidak mempunyai akaun myBSN. Jika sudah mempunyai akaun myBSN boleh ikuti langkah-langkah cara dapatkan penyata bank BSN melalui online di bawah ini:

  1. Lawati pautan rasmi BSN https://www.mybsn.com.my
  2. Masukkan Username akaun Anda.
  3. Klik Login.
  4. Klik Yes untuk sahkan Security Image.
  5. Masukkan Password akaun Anda.
  6. Klik Login.
  7. Selepas Anda login, klik garis tiga di bahagian kiri atas.
  8. Klik Account Overview, kemudian klik E-Statements.
  9. Klik Account Number Anda yang berwarna biru.
  10. Pilih Statement Period (tempoh) yang Anda inginkan.
  11. Klik Download dan Print.
  12. Tahniah, Anda berjaya dapatkan penyata bank BSN online.

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui Email

Cara dapatkan penyata bank BSN melalui Email. Tetapi, pastikan terlebih dahulu bahawa Anda telah mendaftar perkhidmatan email ini, jika belum berdaftar sila ikuti langkah-langkah ini:

Taip: STMT<jarak>NO KP<jarak>Alamat Email hantar ke 66330

Contoh: STMT 768543567890 jarjitdalang09@gmail.com

Jika Anda sudah mendaftar, Anda akan menerima pengesahan SMS dari BSN. Pertanyaan Anda akan bermula dari kitaran pertanyaan seterusnya. Setiap bulan, penyata kad kredit/-i Anda akan dihantar terus ke email yang berdaftar.

Cara Dapatkan Penyata Bank BSN Melalui ATM

Anda juga boleh dapatkan penyata mini bank BSN melalui ATM, ikuti langkah-langkahnya:

  1. Pergi ke mesin ATM BSN yang berhampiran.
  2. Masukkan kad ATM Anda ke slot yang disediakan.
  3. Pilih Bahasa yang Anda inginkan.
  4. Masukkan PIN ATM akaun Anda.
  5. Klik YA.
  6. Kemudian, klik Penukaran PIN/Urusan Lain.
  7. Klik Penyata Mini.
  8. Setiap penyata mini akan dikenakan Caj RM0.50, klik Ya untuk meneruskan.
  9. Ambil penyata mini Anda.
  10. Tahniah, Anda dapatkan penyata Bank BSN Melalui ATM.

Diharapkan maklumat yang kami kongsikan dapat membantu Anda.