Kad kredit dapat digunakan di mana sahaja dan untuk membayar apa sahaja seperti membayar bil restoran hingga membayar bil elektrik dan bil air.
Kad kredit membolehkan kita membeli terlebih dahulu dan kemudian membayar, jadi sangat berbeza dengan menggunakan kad debit yang memerlukan dana yang mencukupi untuk membeli.
Sekarang ini memohon kad kredit BSN cukup mudah. Setiap orang yang apply credit card BSN mestilah mempunyai pendapatan untuk meyakinkan pihak bank bahawa Anda boleh membayar bil. Kali ini kita akan membincangkan syarat mohon kad kredit BSN bersama dengan ciri-ciri yang ditawarkan.
1. Syarat-Syarat Kelayakan Mohon Kad Kredit BSN
Berikut 3 Syarat kelayakan bagi Anda yang ingin mohon Kad Kredit BSN:
- Umur Minimum: Kad Utama-21 tahun/Kad Tambahan-18 tahun
- Kerakyatan: Warganegara Malaysia.
2. Syarat Mohon Kad Kredit BSN Bagi Pekerja Bergaji
Adapun syarat mohon kad kredit BSN bagi pekerja bergaji dibagi menjadi 2 jenis iaitu Kakitangan kerajaan dan Kakitangan swasta:
1. Kakitangan Kerajaan
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Surat Pengesahan Majikan (untuk kakitangan Tentera dan Polis, sila kepilkan salinan Kad Kuasa)
2. Kakitangan Swasta
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan penyata gaji 3 bulan terkini/Penyata KWSP terkini/Borang EA/Borang BE
3. Syarat Mohon Kad Kredit BSN Bagi Bekerja Sendiri
Bagi Anda yang bekerja sendiri, Anda boleh memohon dengan syarat sebagai berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata akaun bank syarikat 6 bulan terkini dan Borang B terkini serta resit cukai rasmi untuk dua tahun terkini.
- Salinan Borang 9,24 & 49 atau Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan
4. Syarat Mohon Kad Kredit BSN Bagi Berpendapatan Komisen
Untuk yang berpendapatan komisen, Anda juga boleh memohon dengan syarat iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang), termasuk Pemohon Tambahan (jika ada)
- Salinan Penyata Komisen 6 bulan terkini/Penyata komisen tahunan atau Borang EA/Borang BE serta resit cukai rasmi.
Baca juga panduan cara dapatkan penyata Bank BSN online.
Cara Mohon Kad Kredit BSN
Setelah semua syarat diatas telah Anda sediakan, sila baca panduan cara mohon kad kredit BSN diluluskan segera.
5. Senarai Jenis Kad Kredit BSN
Anda boleh memilih jenis kad kredit BSN yang Anda inginkan:
Jenis Kad | Pendapatan Minimum Sebulan | Pendapatan Minimum Setahun |
---|---|---|
Kad Kredit BSN Platinum | RM4,000 | RM48,000 |
Kad Kredit BSN Klasik | RM2,000 | RM24,000 |
Kad Kredit BSN G-Card Visa | RM2,000 | RM24,000 |
Kad Kredit BSN Emas | RM3,000 | RM36,000 |
Kad Kredit BSN-Teachers Mastercard Emas | RM2,000 | RM24,000 |
Kad Kredit BSN-AIAFAM Visa Platinum | RM2,600 | RM32,000 |
Kad Kredit BSN Visa Cash Back | RM4,000 | RM48,000 |
Itulah maklumat terkini mengenai syarat mohon kad credit BSN, semoga membantu.