Bagaimana cara memohon kad kredit BSN? Mempunyai kad kredit BSN pada sekarang ini dapat menjadi sebagai salah satu hal wajib untuk membantu menyokong gaya hidup dan pelbagai keperluan.
Kad kredit BSN mempunyai fungsi untuk membantu seseorang membuat pembayaran semua transaksi kewangan dengan mudah dan cepat. Bermula dari membeli belah, membeli tiket kapal terbang dan membayar bil elektrik, semuanya boleh dibayar dengan kad kredit BSN.
BSN menyediakan produk kad kredit BSN bagi memenuhi kebutuhan ataupun gaya hidup. Had kredit setiap Kad Kredit BSN akan ditentukan berdasarkan pendapatan tahunan pemohon, Kad Kredit BSN juga tersedia dengan pelbagai jenis yang dapat Anda pilih.
Manfaat Kad Kredit BSN
Beberapa manfaat yang akan Anda dapatkan jika Anda mempunyai kad kredit BSN.
- Peningkatan Had Kredit
- Pelan Instalment-Pay BSN
- Program Happy Rewards
- Autobilling BSN
- Program Penukaran Baki Auotomatik
- Dan lainnya
Syarat Mohon Kad Kredit BSN
Syarat kelayakan yang mesti Anda penuhi sebelum mohon Kad Kredit BSN:
- Pendapatan minimum RM36,000
- Umur minimum 21 tahun (bagi Kad Utama)
- Umur minimum 18 tahun (bagi Kad Tambahan)
- Salinan Kad Pengenalan (depan belakang)
- Salinan penyata gaji
- Salinan penyata akaun bank
Agar permohonan kad kredit BSN Anda mudah diluluskan, sila sediakan syarat mohon kad kredit BSN secara lengkap.
Cara Mohon Kad Kredit BSN
Setelah Anda memenuhi syarat mohon Kad Kredit BSN, sila ikuti langkah-langkah cara mohon Kad Kredit BSN:
- Lawati pautan rasmi BSN https://www.bsn.com.my
- Scroll ke bahagian bawah, pilih Kad Kredit yang Anda inginkan.
- Selepas Anda membuat pilihan, klik Mohon Sekarang.
- Scroll ke bahagian bawah, klik Hantar Butiran.
- Masukkan Nama Penuh Anda sesuai dengan kad pengenalan.
- Masukkan Alamat Email Anda (pastikan email Anda aktif)
- Masukkan Nombor Handphone Anda.
- Pilih Pendapatan Tahunan Minimum Anda.
- Klik Hantar.
- Pihak BSN akan hubungi Anda untuk proses pengesahan dan tandatangan.
- Selesai.
Cara Mohon Kad Kredit BSN Melalui Cawangan
Anda juga boleh mohon kad kredit BSN melalui cawangan dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Sila pergi ke cawangan BSN terdekat.
- Pastikan Anda membawa syarat dan dokumen yang diperlukan.
- Cakap kepada pegawai BSN bahawa Anda ingin mohon Kad Kredit BSN.
- Jika Anda di beri Borang Permohonan, sila isikan borang tersebut secara detail.
- Ikuti arahan pegawai BSN seterusnya hingga berjaya.
- Selesai.
Diharapkan maklumat yang kami kongsikan boleh membantu Anda dalam urusan perbankan. Jika ada sebarang masalah atau pertanyaan Anda boleh hubungi Contact Centre BSN di 1-300-88-1900