Sekarang ini banyak pelanggan simkad Onexox atau XOX Prepaid dan Black Pospaid yang ditamatkan perkhidmatan kebelakangan ini. Kebanyakan alasan yang simkadnya telah diterminated atau expired adalah disebabkan kerana lupa topup prepaid dan lupa bayar bil Black.
Sebetulnya untuk mengelakkan perkara diatas, Anda hanya perlu menambah nilai (topup) walaupun sedikit atau menyemak tarikh luput kad secara berkala. Namun, jika nombor XOX Anda disekat, berikut langkah-langkah cara aktifkan semula nombor XOX.
Cara Aktifkan Semula Nombor XOX
Berikut adalah solusi cara dapatkan balik simcard Onexox yang telah disekat/terminate.
- Hantar Email kepada Customer Service di cs@onexox.my
- Contoh email yang mesti Anda kirim seperti berikut:
Tajuk: Permohonan pengaktifan semula simkad bernombor (001676543456)
Isi Email:
Hallo, Saya (Aliyah Nur) no kad pengenalan (6783927365426980) pemilik nombor telefon Onexox (001676543456). Bolehkah saya dapatkan semula nombor Onexox berkenaan memandangkan nombor itu penting untuk urusan seharian saya. Saya akan membayar segala tunggakan atau caj pengaktifan yang diperlukan untuk mendapatkan semula nombor berkenaan. Saya mengaku kesilapan kerana terlupa untuk tambah nilai/bayar bil bagi nombor berkenaan. Harap pihak tuan dapat memberi maklum balas kepada saya. Terima kasih saya dahulukan.
- Selepas Anda menghantar email tersebut, tunggu 2-3 hari waktu bekerja.
- Biasanya nombor yang dorman mengambil masa 30 hari sebelum dihantar ke SKMM untuk proses recycle.
- Selesai.
Nota: Pastikan simkad Onexox Anda masih dalam simpanan, ini kerana Anda perlu menyebut nombor siri kad sim (ada tulis belakang simkad) kepada juruteknik Onexox selepas mereka membalas email di atas.
Selepas itu sila check baki Onexox untuk melihat baki terkini.
FAQ XOX
Berikut ini merupakan soalan lazim mengenai XOX:
1. Adakah caj jika saya ingin menggantikan Kad SIM saya?
Untuk Kad SIM yang rosak, penggantian boleh dilakukan tanpa sebarang caj. Bagi Kad SIM yang hilang atau dicuri, bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan.
2. Adakah yang perlu saya lakukan apabila saya melihat perkataan Kad SIM Ditolak?
Masukkan Kad SIM Anda ke dalam peranti lain dan cuba lagi. Jika masalah masih berterusan, lawati XOX centre terdekat, di mana Anda boleh mendapatkan Kad SIM baharu (dengan nombor telefon Anda tidak berubah)
3. Saya kehilangan handphone saya, apa yang mesti saya lakukan?
Anda boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Onexox di 1300-888-010. Kemudian, Anda perlu melawat ke Pusat Jagaan XOX terdekat untuk mendapatkan penggantian Kad SIM Anda.